Kovensyen Keusahawanan Islam (iCEPs’15)

Konvensyen Keusahawanan Islam atau dikenali sebagai iCEPS adalah acara mega tahunan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan dikendalikan oleh pelajar tahun 4 Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Acara ini sengaja direka untuk meningkatkan dan mengembangkan semangat keusahawanan di kalangan pelajar selain melatih diri mereka untuk bersedia menghadapi suasana lapangan kerja sebenar yang mencabar selepas graduasi. Acara ini juga menuntut para pelajar untuk menerapkan semua perkara ilmu yang telah dipelajari di dewan kuliah di dunia pekerjaan seperti pengurusan, menilai kos dan pulangan, kaedah pemasaran serta mendapatkan kerjasama organisasi korporat.

“Go beyond, Plus Ultra”

Acara ini akan dijalankan pada 18 sehingga 20hb Oktober 2019 yang mana selaras dengan Bulan Keusahawanan dan Malaysia Sport Challenge. Selain itu, iCEPS ke-15 melakukan perubahan besar berbanding iCEPS terdahulu. Kali ini, yang akan menjadi daya tarikan utama adalah Konvensyen SME yang berlangsung di tapak utama acara tersebut. Selain itu, terdapat juga 15 aktiviti lain yang akan dijalankankan sepanjang tiga hari konvensyen seperti konsert amal, larian amal, jualan makanan dan juga jambore basikal. Di belakang cadangan proposal ini juga turut disertakan tentative dan rumusan aktiviti yang akan dijalankan pada iCEPS kali ini.

Address:

Universiti Sains Islam Malaysia Bandar Baru Nilai 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Phone:

+6017-6879043 (Suhaila) +6010-8776434 (Nabil)